Nadi X Lifelong Learning: Kursus Mahir Foto Minggu 12
13 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12/02/2025 bersamaan hari Rabu, Kursus Mahir Foto Minggu 12 di bawah bimbingan Cikgu Nur Azfarina Sulaiman telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas videografi, teknik rakaman yang berkualiti serta proses penghasilan video menggunakan telefon pintar secara efektif dan profesional.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Videografi
- Teknik Pencahayaan - Cahaya Semula Jadi & Cahaya Buatan
- Teknik Komposisi - Rule of Thirds, Leading Lines, Framing & Headroom dan Lead Room
- Teknik Pergerakan Kamera - Panning, Tilting, Tracking/Follow Shot, Dolly Shot & Handheld Shot
- Teknik Penggunaan Fokus dan Depth of Field
- Teknik Rakaman Audio Berkualiti - Mikrofon Luaran, Merakam di Tempat Senyap & Menggunakan Aplikasi Rakaman Audio
- Teknik Pemilihan Frame Rate dan Resolusi
- Proses Penghasilan Video Menggunakan Telefon Pintar - Pra-Penerbitan, Penerbitan & Pasca-Penerbitan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami dunia videografi, mengasah kemahiran dalam rakaman dan suntingan video serta menghasilkan video berkualiti secara kreatif menggunakan peralatan asas seperti telefon pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: